Dalam surah al-Anbiya' ayat 30 Allah berkata,
Molekul Air |
"Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup".
Ayat
ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama mengenai
asal-usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu,
kemudian dipisahkan antara kedua-duanya. Hal ini adalah selaras dengan
kejadian BIg Bang yang berlaku lebih kurang 14 bilion tahun dahulu.
Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas
bagi segala kehidupan. Tanpanya kehidupan tidak terwujud sama sekali.
Air Asas kepada Segala Hidupan?
Air
tidak hanya penting dalam proses kejadian langit dan bumi, ia juga
penting bagi hidupan-hidupan di dunia. Hal ini ditegaskan Allah di
beberapa tempat dalam Al-Quran, sebagai contoh, dalam surah al-Anbiya'
ayat 30 Allah berkata, "Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup."
Ia juga terdapat dalam surah an-Nur ayat 45 yang bermaksud, "Allah mencipta kesemua jenis hewan dari air."
Dari BBC News dalam segmen Science and Nature (Space) bertarikh 27 Mei 2006,
pakar-pakar biologi bersepakat air adalah asas kehidupan.
Tanpanya, kehidupan tidak akan ada.
Kenyataan
bahwa kehidupan bermula dari air mendapat kekuatan tambahan dengan
penemuan terbaru yang mendapati kehidupan mungkin bermula di bawah lautan. Juga dari BBC News Online 9 September 1998, di segmen Sci/Tech
bawah tajuk Springing To Life Under The Sea, para ilmuwan mengatakan
rahasia mengenai permulaan kehidupan yang awal di dunia mungkin wujud 9
000 kaki di bawah lautan Atlantik. Di situ para ilmuwan menemui semburan
hidrogen dan selepas mereka mengkaji sekitarnya, menurut mereka sesuai bagi kehidupan di peringkat awal.
Setiap
kehidupan terbina dari sel dan kehidupan sel bergantung kepada
protoplasma dan protoplasma memerlukan air untuk hidup karena 80 peratus
darinya adalah air, Karna itu tidak akan ada kehidupan
tanpa air.
Semua
penemuan ini menunjukkan kenyataan al-Quran bahawa segala kehidupan
bermula dari air adalah benar dan dapat disahkan melalui kajian
sains.
Sumber: Lihat Disini
Sumber: Lihat Disini
Tidak ada komentar:
Posting Komentar